handmade……..


Wahhhhh…Lamanya tak update blog ni…Hari ni nak rajinkan diri sendiri untuk coret2 kat blog ni… Actually, I HAVE NO IDEA…ahahaha…
Okay la…
Hari ni nak promo bakul2 yg my sisters buat…Cantik & harga yg sangat2 berpatutan…

Bakul anyaman

Bakul anyaman

Nak order..Boleh….SMS @ 0128247116 (annie)
Atau.. PM di facebook: https://www.facebook.com/annie.miyuki.1

cantik.....I loike...

cantik…..I loike…

Nak borong pun boleh……:)

Area Kota Kinabalu /Ranau /Sandakan boleh COD (term & conditions)

Keysha 1Y 1M


muka keysha bila serius…

Alhamdulillah…akhirnya dapat jg update blog yg hampir ‘terbengkalai’ ni…

Juz nak cerita pasal anak mummy yg semakin membesar dengan bertambahnya beberapa pelajaran baru dalam hidupnya.. Yg buat mummy excited nak kongsi cerita ni adalah perkembangan keysha yg dah pandai berjalan..:) Genap 1year 1month anak mumy pandai berjalan dahhhh…Walaupun di kategorikan agak lambat proses ni tapi mummy tetap gembira.. Paling penting anak mummy sentiasa sihat dan ceria…:D

Sekarang dah laju berjalan, walaupun kadang2 mummy tengo keysha ada jg 1,2 kali merangkak..Mungkin masih rindu nak merangkak kot…hihi..

Ini la antara aksi2 dan aktiviti keysha bila dah masuk setahun…

habis dinding di conteng..terpaksa beli whiteboard…huhu

dah pandai hantar mesej & call org…hurrrmmmm….habis credit mumy & dady..

bergaya sakan…..

 

dah pandai kacau komputer…Paling terer ON/OFF komputer

sebelum ada whiteboard, ini la kejadianya…dah bagi buku tapi tak cukup ruang utk keysha menconteng…. SABAR je mumy…

This entry was posted on July 10, 2012. 4 Comments

Hobi……….:)


Lamanya tak tulis blog…nak kata bz sangat tak juga…cuma sedikit malas nak menulis…Tp, hari ni mcm ada rasa rajin sikit…sikit jeeee…. hihihi….

Sejak 2 menjak ni datang la pula rajin mengait ni…Bukan apa..My doter yang semakin membesar dan semakin pandai bergaya buat mumy kadang2 pening kepala..nampak topi cantik..dia nak juga pakai walaupun hanya duduk rumah.. Lagi la kalau dah kata nak jalan.. awal2 dah bongkar almarinya cari baju sampai berhambur…adusss….lps dah pakai lawa2..cari headband atau topi..tu pun pilih sendiri.. dah tu mesti tengo cermin (hhaaaa…part ni ikut dadynya yg suka cermin)….;p

Ini la sebahagian koleksi my doter…:)

pouch

hair clips

topi koboy versi gegirl….

cap utk beriadah…

 

Nampaknya..ni je la dapat di upload utk hari ini..network…ohhhh…network…napa la ko lembab sangat…

Ada masa nnt mumy upload lg…hihi

 

This entry was posted on May 22, 2012. 7 Comments

Resepi Keluarga.. :) (part 1)


Belajar memasak dari keci memang bnyk kebaikannya… Rasa sangat bersyukur sbb kakak2 sudi ajar memasak.. Sejak sekolah rendah dah di ajar memasak.. Ye la kan.. Kalau dulu2 budak pempuan tak pandai masak kena ckp pemalas… Tp, zaman skrg sdh jadi trend pla budak sekolah tak pndai masak.. setakat masak air, nasi n magie bule la…huhuhu…Rugi kannnn…..

Walaupun masak tak sesedap chef masak tapi bule la kalau utk makan sendiri2 ja.. bahasa pasar cakap, ‘bule bha kalau kampung2’… hihihi.. Sekarang dah berkeluarga, kena tambahkan lagi skill memasak..huhu…Tapi, syukur alhamdulilah coz dady keysha bule terima masakan mumy keysha.. Walaupun dady keysha agak cerewet skt pasal makanan tp lama2 mumy keysha dah tau makanan kegemarannya..Kadang2 kena masak citarasa sendiri juga…Heeeeehhhh….

Sekarang keysha dah pandai makan…So, kena la masak yg berkhasiat utk anak…:) Betul tak??.. My family paling suka mkn kek pisang.. Hampir tiap minggu mumy buat kek pisang.. ๐Ÿ™‚

kek pisang yg paling simple n sng mau masak.

Bahan-bahan:

1. 6 biji telur

2. 1 cawan minyak masak

3. 1 cawan gula (mumy selalu guna 1/2 je sbb nak kurangkan manis)

4. 3-4 biji pisang

5. sedikit bikarbonat

6. 2 1/2 cawan tepung

 

Simple kan… Mr.Hubby &ย  keysha paling suka makan kalau masih panas2.. Sebenarnya kek pisang ni dikira makanan berkhasiat juga berbanding kek2 yg pakai banyak perasa dan bahan pengawet… Paling penting, ianya buatan sendiri.. So, kita dapat pastikan kebersihan makanan berbanding beli diluar.. kan…? ( Apapun, kadang2 mumy keysha beli juga kueh di luar..hahaha.. Angin2 nak rasa masakan orang.. Gituuuuu…).

Kalau keysha demam dan tiada selera makan, mumy akan masak makanan yang berasaskan pisang sebab pisang bule kekalkan berat badan walaupun anak tiada selera makan..paling tidak, berat badan susut sedikit sahaja..Ini petua dari my sis..Mumy dah praktiskannya dan ianya memang berkesan.. So far keysha tak pernah lagi susut berat badan setiap kali ke klinik…Syabas keysha!! Tp, kalau anak cirit birit, jangan la pula bagi pisang atau betik ya..nanti tambah sandih pula..hihi…

Keysha

Keysha suka masakan mumy...:D

This entry was posted on March 16, 2012. 8 Comments

My 1st Words…


Sebagai seorang ibu, mumy sangat2 teruja bila dengar anak mula menyebut perkataan…Walaupun tak berapa jelas tapi kita dapat faham maksudnya… Keysha dah mula sebut perkataan.. Walaupun baru 3,4 perkataan yg dia try nak sebut tapi hati mumy sgt gembira.. Dady jadi ‘adie’..mumy jadi ’emie’…habis jadi ‘bis’..nenen jadi ‘eeeenennn’.. Kalau time tido n nak breast feed, macam2 sdh keysha panggil mumy.. kadang2 jadi ‘miiimiii’.. kadang2 jadi ‘imihhh’.. lucu juga keysha ni…

yg ni pun kadang2 keluar dari mulut keysha...

Kalau keysha syok bermain sendiri, mumy tengo keysha terkumat kamit baca ‘mentera’…hahaha… perkataan yg keysha sendiri2 ja faham.. Kalau mumy tanya, keysha ckp apa..keysha akan ulang ‘mentera’nya.. kalau mumy ikut apa yg keysha sebut, dia akan marah… So, pengajarannya jangan cuba2 sebut perkataan yang anak sebut..berusahalah faham perkataan itu dan sebut dalam sebutan yg betul… hehe..peringatan utk diri sendiri..

Pernah mula2 dulu keysha sebut ‘tsee’..’afuhh’..mumy sebut balik perkataan tu, dia marah..kemudian mumy try cari maksud, sebut satu2…akhirnya mumy tau jawapan… ‘tsee’ utk tv…’afuhhh’ utk suka…. ๐Ÿ˜€

l

memahami riak muka anak...

Keysha juga dah pandai tadah tangan utk baca doa.. Kalau nampak mumy bawa makanan, cpt2 dia tadah tangan baca doa.. kadang2 kalau makan malam, belum siap mumy or dady sediakan piring/lauk/nasi..awal2 lagi keysha dah duduk sambil tadah tangan nak baca doa.. ๐Ÿ™‚

Paling best bila keysha dengar lagu…goyang2 badan, tangan n kadang2 ikut nyanyi… walaupun hanya perkataan ‘AAaaaaAAAaaaaa’ ja yg keluar tapi keysha sebut dengan irama muzik nya sendiri… Sah la dia sedang nyanyi sambil menari… Mumy tak sabar tengo perkembangan keysha seterusnya… ๐Ÿ™‚ Semoga keysha jadi anak yg solehah, berilmu, dan bertekad cemerlang… Amin..

Ini gambar terbaru saya... see.. sy dah ada 2 batang gigi...Comel tak???

This entry was posted on March 11, 2012. 2 Comments

Menggamit Memori….


Akhirnya... bersatu jua...Mr & Mrs Ruji... ๐Ÿ™‚

Eheeeemmmmmm….Macam mana mumy & dady keysha bule cintan cintun..??? Mcm best soalan ni… Hehehe…

Alkisahnya.. Mumy Keysha jumpa Dady Keysha di UMS – KAL… Masa tu ada aktiviti pesta gawai kamaatan.. 1st year kan..jadi, wajib kunu terlibat..Tak kira jadi AJK..penari…penyanyi…bla…bla…bla…tetap WAJIB terlibat bg student sabahan n sarawakian… Kebetulan mumy keysha pilih tarian kunu…kah..kah..kah.. aishhhhh… dady keysha masa tu pon ambik tarian…

Haaaaa…masa ni la mumy & dady keysha kenal….Walaupun tak ambik tarian yg sama tp tempat latihan yg sama… kalau tak di dewan.. di podium…Apalagi.. buli melilau-lilau tengok org buat latihan tarian… hahaha

lebih kurang camni la menari... haha

Apapun mumy keysha tak sukeeee dady keysha time ni..meluat tahap gaban…tak sehaluan dan tak sependapat…ada jak tak kena.. Tapi, time menari kena PRO..buangย  jauh2 rasa tak suka tuuuu…buat dono & concentrate pada latihan..okkk…

Di pendekkan cerita, mumy keysha & dady keysha pernah gaduh besar kat cafe dkt menara..Semua org tingu tp time tu tak rasa malu poonnn sbb dah marah kan…tapi bila diingat2 rasa malu la pla.. nak buat mcm mana..nasi dah jadi bubur.. Best friend jadi saksi pergaduhan kami… TAPI, bila seisi latihan tarian, mcm tiada apa2 yg berlaku..Hheeehhhh…cuma kureng skt bertegur kecuali bila part berbincang pasal tarian…

tahun 2004 (sem III) bermula la episod pelik tapi benar… Entah mcm mana terfikir nak berlakon kunu2 b’couple… ?????????!!!!! padahal…masih lg tak sekepala..sikit2 bgaduh… aisshhhh…. Idea ni datang dari dady keysha la.. waktu tuuu tengah standby nak pegi UMS-KK sempena pesta gawai ka’amatan..sempat lagi tukar2 gelang kayu (waktu tu mmg pemes).. Kunu nak tunjuk kat bestpren yg kami couple.. bestpren ni berangkat awal sehari dari kami coz kawan ni ikut pertandingan sugandoi.. jadi ambikย  kesempatan buat plaining pelik ni..

Huuurrrmmm…Bule di katakan lama jugak kami berlakon ni..Tapi sepanjang tempoh berlakon ni memang memenatkan dan membebankan..padan muka!! hahahaha…sendiri cari susah kannnnn….Apa tak, ada masa terluang terpaksa berkepit.. outing pun berkepit.. diner..lunch…semua la.. Memang ngeri!! kalah org yg real cintan cintun.. Dalam pening2 pasal berlakon ni ada baiknya pula…Rasanya mcm da kureeennnggg sikit bergaduh…Hihihi…

Lebih kurang 3 bln berlakon rasa mcm dah penat…Mula terfikir tentang perasaan kaum hawa yang nak ngorat dady keysha time tu… Memang teda cannnnnn…huhuhu… Disebabkan mumy keysha ni baik hati (hahaha…pujik diri sendiri), mumy keysha syorkan pada dady keysha utk tamatkan lakonan ni… Dengan selamba, dady keysha nak 10 sebab utk tamatkan lakonan ni… Rasanya mumy keysha bagi 5 sebab je… Paling utama adalah tak nak bohong dgn kawan2 yg masih blur2 dgn status kami..ramai kata mcm tak percaya sbb tengo selalu bergaduh…hahahaha….Pastu, tak nak kecilkan hati para hawa yang blumba2 nak ngorat dady keysha.. kesian…kesian…Kesian…(versi ipin).. Buleh2 dady keysha cakap..”nnt dulu”.. apa yg nak di tunggu2 lagi… Bg mumy keysha simple je.. Cakap la just berlakon..kannnn….?!

Di pendekkan lagi cerita, time rombongan penari balik ke Labuan, yg pada ketika itu dah sampai di menumbok, dady keysha bg mesej yg amat mengejutkan mumy keysha…Ye la, lps persembahan dady keysha balik sandakan, n tinggal bbrp org je terus balik kampus coz assignment yg berlambak kena siapkan juga…ย  mesej tu mumy keysha tak reply coz tengah makan soto.. Haaaaiiiiiissshhhh… Tak sabar pla dady keysha ni… Dady keysha phon mumy keysha tanya pasal mesej tu… nak juga jawapan time 2 jugak… Dengan perasaan yang masih blur n teringat ngan soto yg blm habis, bermula la episod baru dlm kehidupan kami… hahahaha…

akhirnya....

sekarang dah 1 anak pown...

Indoor Activities (part 1)


Time tulis blog ni, Keysha dah 7bln lbh..hurrrmmm…cepatnya masa berlalu..mcm baru sebulan lahirkan keysha.. Semakin hari semakin bnyk aktiviti yg dia nakย  explore..Dan paling penting bnyk karenah yg kadang2 memeningkan.. Tapi, rasa sgt puas hati bila tengo keysha membesar depan mata…lagi seronok dapat mendidik anak sendiri… ๐Ÿ™‚

EKB

Ada benda nak di ambil.....

Naaaa….kalau dah jumpa benda yg dia suka, cayo2 dia nak ambil…nampak sangat luka2 di muka keysha ni.. tak serik2.. kdg2 yg lucunya, keysha buat luka sendiri d mukanya…hahaha…

EKB

Guna H/pon murahhhh...

Haaaaa…ni part paling keysha suka.. Bergaya depan kamera.. ๐Ÿ™‚ Macam mumynya zaman muda…ngehehe.. Pantang nmpk kamera, macam2 pose yg keysha buat.. Lucu pun ada..pelik pun ada…pendek kata, macam2 adaaaaa…..

EKB

komputer mumy jadi sasaran

Oooopppsss…laptop mumy jadi sasaran keysha..pntg tiada org dpn laptop, keysha akan ambil alih… hahaha…bkn laptop je..handpon mumy pun jadi sasaran keysha..huhu.. Laptop & hpon dadynya jarang di sentuh coz warna putih.. laptop & hpon mumy warna hitam.. Suka sangat keysha color hitam…sampaikan,ย  kotoran di lantai semua masuk mulut…aiiissshhhh.. jadi ‘vitamin’ dah kuman2 sama keysha..

EKB

Takut di marah

Haaaa…mcm ni… nmpk benda2 keci di korek2..kemudian berusaha bg melekat benda tu di jari…dannnnn.. akhirnyaaa….nyummm… masuk dlm mulut..kunyah2 smp hancur.. bila mumy korek mulut, nangis mcm di cubit2 padahal bknnya sakit.. Lepas tu, minta kasihan dengan mumy..huuuu..part ni la dady Keysha tak suka.. Kalau Keysha dah start nak manja2 dgn mumy, cara macam mana pun dady buat utk pujuk, keysha tak makan saman…

EKB

yeahhh

Olololo…kesian anak mumy.. Time ni Keysha sakit dua minggu.. ๐Ÿ˜ฆ dua minggu juga la mumy tak cukup tido.. Mumy tak kisah semua tuuu..mumy paling kesian tengo Keysha tak dapat tido sebab hidung tersumbat… Dah la demam, batuk, selesma lagi.. Kalau boleh macam mumy nak ganti je Keysha sakit, biar mumy tanggung.. Walaupun badan sikit susut tapi mumy bangga dengan keysha sebab Keysha masih makan bread, bun & biskut milnanya..Susu dan bubur mmg dia tak suka time ni… Sekarang, selera mkn kembali normal… ๐Ÿ™‚

Okkkk…jumpa di bahagian ke-2.. peace… !!!!

ย http://tinyurl.com/anniemiyuki