Menggamit Memori….


Akhirnya... bersatu jua...Mr & Mrs Ruji... šŸ™‚

Eheeeemmmmmm….Macam mana mumy & dady keysha bule cintan cintun..??? Mcm best soalan ni… Hehehe…

Alkisahnya.. Mumy Keysha jumpa Dady Keysha di UMS – KAL… Masa tu ada aktiviti pesta gawai kamaatan.. 1st year kan..jadi, wajib kunu terlibat..Tak kira jadi AJK..penari…penyanyi…bla…bla…bla…tetap WAJIB terlibat bg student sabahan n sarawakian… Kebetulan mumy keysha pilih tarian kunu…kah..kah..kah.. aishhhhh… dady keysha masa tu pon ambik tarian…

Haaaaa…masa ni la mumy & dady keysha kenal….Walaupun tak ambik tarian yg sama tp tempat latihan yg sama… kalau tak di dewan.. di podium…Apalagi.. buli melilau-lilau tengok org buat latihan tarian… hahaha

lebih kurang camni la menari... haha

Apapun mumy keysha tak sukeeee dady keysha time ni..meluat tahap gaban…tak sehaluan dan tak sependapat…ada jak tak kena.. Tapi, time menari kena PRO..buangĀ  jauh2 rasa tak suka tuuuu…buat dono & concentrate pada latihan..okkk…

Di pendekkan cerita, mumy keysha & dady keysha pernah gaduh besar kat cafe dkt menara..Semua org tingu tp time tu tak rasa malu poonnn sbb dah marah kan…tapi bila diingat2 rasa malu la pla.. nak buat mcm mana..nasi dah jadi bubur.. Best friend jadi saksi pergaduhan kami… TAPI, bila seisi latihan tarian, mcm tiada apa2 yg berlaku..Hheeehhhh…cuma kureng skt bertegur kecuali bila part berbincang pasal tarian…

tahun 2004 (sem III) bermula la episod pelik tapi benar… Entah mcm mana terfikir nak berlakon kunu2 b’couple… ?????????!!!!! padahal…masih lg tak sekepala..sikit2 bgaduh… aisshhhh…. Idea ni datang dari dady keysha la.. waktu tuuu tengah standby nak pegi UMS-KK sempena pesta gawai ka’amatan..sempat lagi tukar2 gelang kayu (waktu tu mmg pemes).. Kunu nak tunjuk kat bestpren yg kami couple.. bestpren ni berangkat awal sehari dari kami coz kawan ni ikut pertandingan sugandoi.. jadi ambikĀ  kesempatan buat plaining pelik ni..

Huuurrrmmm…Bule di katakan lama jugak kami berlakon ni..Tapi sepanjang tempoh berlakon ni memang memenatkan dan membebankan..padan muka!! hahahaha…sendiri cari susah kannnnn….Apa tak, ada masa terluang terpaksa berkepit.. outing pun berkepit.. diner..lunch…semua la.. Memang ngeri!! kalah org yg real cintan cintun.. Dalam pening2 pasal berlakon ni ada baiknya pula…Rasanya mcm da kureeennnggg sikit bergaduh…Hihihi…

Lebih kurang 3 bln berlakon rasa mcm dah penat…Mula terfikir tentang perasaan kaum hawa yang nak ngorat dady keysha time tu… Memang teda cannnnnn…huhuhu… Disebabkan mumy keysha ni baik hati (hahaha…pujik diri sendiri), mumy keysha syorkan pada dady keysha utk tamatkan lakonan ni… Dengan selamba, dady keysha nak 10 sebab utk tamatkan lakonan ni… Rasanya mumy keysha bagi 5 sebab je… Paling utama adalah tak nak bohong dgn kawan2 yg masih blur2 dgn status kami..ramai kata mcm tak percaya sbb tengo selalu bergaduh…hahahaha….Pastu, tak nak kecilkan hati para hawa yang blumba2 nak ngorat dady keysha.. kesian…kesian…Kesian…(versi ipin).. Buleh2 dady keysha cakap..”nnt dulu”.. apa yg nak di tunggu2 lagi… Bg mumy keysha simple je.. Cakap la just berlakon..kannnn….?!

Di pendekkan lagi cerita, time rombongan penari balik ke Labuan, yg pada ketika itu dah sampai di menumbok, dady keysha bg mesej yg amat mengejutkan mumy keysha…Ye la, lps persembahan dady keysha balik sandakan, n tinggal bbrp org je terus balik kampus coz assignment yg berlambak kena siapkan juga…Ā  mesej tu mumy keysha tak reply coz tengah makan soto.. Haaaaiiiiiissshhhh… Tak sabar pla dady keysha ni… Dady keysha phon mumy keysha tanya pasal mesej tu… nak juga jawapan time 2 jugak… Dengan perasaan yang masih blur n teringat ngan soto yg blm habis, bermula la episod baru dlm kehidupan kami… hahahaha…

akhirnya....

sekarang dah 1 anak pown...

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s